Tuesday, June 22, 2010

Diari Minggu Ini

1) Bila banyak perkara yang tersimpan di dalam hati dan kepala, dan rasa
seperti tiada tempat yang lain lebih baik untuk meluahkan, pasti saya
akan teringat Allah swt dan kedua ialah blog ini. Kerana hanya Allah swt
yang mengetahui 100% apa yang tersirat di hati kita dan apa yang
berlaku. Jadi solat sunat 2 rakaat dan berdoa di kesudahannya terasa
seperti mengadu dan melegakan hati. Solat juga merupakan saat di
mana tiada hijab di antara Allah swt dan hambaNya. Kenapa saya
teringat blog ini? Kerana di sini saya dapat ceritakan apa saja,
tak perlu fikir tentang reaksi yang akan diterima.

2) Pada hujung minggu yang lepas rakan-rakan dari London seramai 17
orang datang singgah dan tidur di kediaman saya sebelum mereka
meneruskan perjalanan ke serata German untuk menziarahi rakan-rakan
di sini. Pada hari ahad, Azizi, Hakim, dan Bakri datang singgah tidur di
bilik saya sebelum pulang ke Cologne.

3) Rabu ini merupakan hari terakhir untuk projek Konstruktion 2.
Masih ada laporan dan pembentangan yang harus disiapkan. Manakala
pada hari Jumaat merupakan hari peperiksaan yang pertama
iaitu subjek Kimia.

4) Tinggal 28 hari untuk pulang ke Malaysia. Alhamdulillah tahun ini
sekali lagi saya dapat balik sekali dengan adik saya, Mutmaein, yang
sedang belajar di Mesir. Saya telah bersembang dengan beliau kelmarin
dan kami telah berazam untuk mengurangkan tempoh tidur untuk
cuti kali ini. Kerana bila dihitung kembali, boleh dikatakan 2/3 cuti
Summer saya di Malaysia pada tahun lepas dihabiskan dengan tidur.
Walaupun dalam tidur itu saya bermimpi melakukan pelbagai akitiviti,
namun ianya tetap tidur.

5) Antara perkara yang elok dilakukan sebelum tidur ialah muhasabah
diri dan memaafkan semua kenalan. Banyak kesilapan-kesilapan dan
kelemahan saya yang patut dibaiki dan saya juga harap agar orang-orang
yang saya pernah susahkan atau lukakan juga memaafkan saya.

Hana dan Abg Wah di Rabbit Valley

'Izz dan Kak Sod (ait Kak Sod tak nampak)

6 comments:

safiyyah said...

saya juga sudah berkawan baik dengan blog. blog menjadi tempat melepaskan segalanya. dan selepas itu hati lebih lega. =)

iu rf said...

hehehe..

baru perasan.. rasanya urwah tu dlu study kt utm skudai..sc comp kan.. ? rasanye mcm satu batch tahun masuk 99... dah jd abg ipar mad eh...kui3... comel anak2 .. nt ank2 mad pun comel agaknye..hihihi ^^,

Ahmad bin Ariffin said...

hana - =) masa buat blog ni pun dulu antara faktor2 dia sbb rasa mcm nak bercerita..nak cerita dkt org takut kacau..hehe.cerita la kat blog.

kak ayu - haah la..abg wah dulu ambik sains komputer..satu batch dgn akak la kira ya? :D hehe..insyaAllah..nak jgk anak2 comel mcm anak2 kak ayu.

fana said...

salam a.ahmad,

cuma nak cakap comelnya 'Izz tu. sekali tgk nak tau mcm ape? Donald Duck,hehehe gurau je =P

Ahmad bin Ariffin said...

wsalam cik koala..hehe.rupa dia mmg mirip sgt dgn umi dan abi dia (mestila kan)..hehe.takpe its okay :P

iu rf said...

a aa.. rasanya satu batch...satu fakulti... tp x sama kelas... len seksyen... prnh npk je dlu.. cm x prnh tegur.. biasalah akak ni dlu kan low profile orgnye...ekekeke

Related Posts with Thumbnails