Sunday, November 28, 2010

Diari Minggu Ini

1) Musim sejuk sudah bermula, dan seperti tahun lepas ianya kelihatan agak
ekstrem apabila salji sudah turun seawal bulan November. Jika betul seperti
statistik, mungkin musim sejuk kali ini lebih ekstrem berbanding tahun lepas. Saya
masih ingat bagaimana rasanya apabila kaki dan tangan sudah tidak terasa
dalam suhu -15 celsius. Jadi saya sangat risau apabila sudah rasa sangat sejuk pada
suhu sekitar -2 celsius. Bagaimana pula jika suhu pada musim sejuk kali ini
lebih rendah dari tahun lepas? Huhu. InsyaAllah saya akan update dari masa ke
semasa. Setakat ini masih okay.

Ramalan cuaca minggu ini

Dari tingkap bilik

2) Semalam saya dan rakan-rakan dari Russelsheim pergi ke Bingen atas
jemputan daripada rakan-rakan di sana. Ada makan-makan. Tak silap saya
sempena Raya Haji baru-baru ini. Dan juga hari jadi cik Azwa Laila. Makanan
yang mereka sediakan juga sangat melampaui batas sedapnya. Saya sangat
terkejut dengan tahap kesedapan popia ayam dari Coburg dan juga kek coklat
Bingen. Sampai sekarang saya masih tidak percaya.

3) Pada selasa yang lepas, 3 orang brothers dari London datang ke German
untuk melawat rakan-rakan di sini. Aizat, Shah, dan Waqi. Mereka tinggal di sini
hingga Jumaat dan teruskan ke Aschafenburg dan Friedberg. Terima kasih di
atas keprihatinan kalian semua. Semoga semangat terus kekal dan Allah
redha di dunia dan akhirat.

4) Saya dan beberapa rakan-rakan lain di sini ada berbincang untuk membuat
sebuah program sempena cuti krismas nanti iaitu "Mein Winter" di selatan
German. InsyaAllah ia akan berlangsung selama 4 hari 3 malam dan ada Ustaz
yang dijemput dari Malaysia iaitu Ustaz Haji Mohd Lokman bin Dato
Awang yang juga merupakan YDP Ikram Terengganu. Antara aktiviti yang
menarik ialah cabaran pelajar di luar negara dan juga ski. Alhamdulillah ada
dapat sponsor daripada Malaysian German Student Society (MGSS) dan
juga MARAKUMPEL. Semoga semuanya berjalan lancar nanti.

5) Athirah akan datang ke sini pada 19 December hinggan 3 Januari nanti :)
InsyaAllah kami akan pegi ke aktiviti Mein Winter ini nanti bersama. Saya
dan Athirah selamat sah menjadi suami isteri pada 14 September yang lepas
semasa cuti musim panas. Walaupun berjauhan, tapi alhamdulillah saya rasa
lebih selamat dan tenang dalam zaman yang penuh fitnah dan sangat mencabar
ini. Semuanya berlaku dengan agak pantas. Semoga kami terus dipelihara
dalam lindungan Allah.

=)

6) Jika tiada aral melintang, saya akan mengambil 10 subjek pada semester
ini. Peperiksaan akan bermula bulan Februari nanti. Tinggal sekitar 2 bulan masa
untuk bersedia. Waah.

Saturday, November 27, 2010

Allah.. Allah..

Related Posts with Thumbnails