Sunday, December 5, 2010

Mesej

"Waah.. Bestnya! Nampak cool.."

"Hmm.. That actually makes sense.."

"Huu.. Sedih.. Lepas ni aku mesti bantu golongan yang susah.. Isk3"

"I want that thing"


Poster iklan motivasi

Poster iklan daripada Nissan

Kenal dengan reaksi dan kata-kata di atas? Itulah sebenarnya matlamat yang
ingin dicapai oleh pembuat-pembuat iklan bermula daripada iklan kasut
hinggalah ke iklan menanamkan semangat nasionalisme. Poster atau video. Jika
mesej ini tertanam di dalam fikiran kita ataupun terkeluar daripada mulut yang
melihat, maka mereka dikira berjaya.
.......................................................................................................................................

Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perkara yang saya sedar
dan perhatikan daripada benda yang sangat tak asing dalam kehidupan kita
kini iaitu : Berita, iklan, lagu dan filem.

Dalam kesemua benda di atas mengandungi mesej. Dan sasaran
penerima-penerima mesej tersebut ialah kita sendiri. Sebenarnya
saya sangat berminat dan tertarik dengan bidang-bidang ini. Kenapa?
Kerana mesej adalah perkara yang sangat subjektif, tidak dapat
ditunjukkan melalui kata-kata, dan berbeza-beza mengikut individu
dan cara pemikiran.

Perkara yang paling kuat mempengaruhi seseorang secara fizikal dan mental
adalah cara pemikirannya. Kadang-kadang paksaan sekerasnya tetap
tidak membantu sekiranya jiwa dan fikiran seseorang sudah tekad. Dengan
fikiran, seseorang boleh melakukan sesuatu di luar batasan. Orang yang
sedang takut, mampu berlari sekuat hati dan memiliki kekuatan yang
luar biasa. Orang yang buat sesuatu kerana orang yang dicintainya,
mampu melakukan perkara tersebut dengan cekal dan tidak mudah putus
asa.

Inilah yang menjadi matlamat kepada para pengeluar berita, iklan, filem,
mahupun pembuat lagu. Semuanya mempunyai mesej-mesej tersendiri
yang ingin ditanamkan di dalam hati para penerima barang mereka. Tidak
kira samada mesej tersebut baik atau tidak, ianya tetap akan mengubah
personaliti, persepsi dan cara pemikiran penerima terhadap sesuatu.
Sukar untuk dipercayai mengenai betapa halus dan diamnya manusia
sekarang boleh berubah secara mental dan fizikal tanpa mereka
sendiri sedari.

Cara untuk mengesan mesej-mesej ini adalah dengan memikirkan
tentang bagaimana kita sekarang. Bagaimana kita hidup?
Apa yang kita pakai? Apa yang kita makan? Apa persepsi kita terhadap
perkara ini dan perkara itu? Seterusnya fikirkanlah secara mendalam
bagaimana secara logiknya kita boleh terdorong kepada semua
perkara-perkara tersebut. Semuanya datang daripada mesej-mesej
yang kita dapat sejak lahir sehinggalah saat kita berfikir.

Contoh :

iklan (a) Belilah kasut ni

iklan (b) Kasut ini sangat selesa dan bergaya. Walaupun agak mahal,
tetapi buatannya sangat berkualiti. Jika anda memakai kasut ini,
semua orang akan kagum.

Adakah (a) atau (b) yang lebih meyakinkan seseorang untuk membeli
dan memiliki kasut yang diiklankan? Malah di dalam iklan (b), kita
langsung tak disuruh untuk membeli kasut tersebut. Tetapi itulah cara
pujukan yang biasa digunakan. Mesej utama disembunyikan disebalik
kata-kata yang meyakinkan.


Saya berminat untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian sekadar
muhasabah supaya menjadi lebih kuat dan berjaga-jaga dengan
mesej-mesej yang sentiasa berada di sekeliling kita. Ambillah mesej yang
jernih dan buang mesej yang keruh :) Semoga Allah sentiasa
memelihara kita semua daripada perkara yang boleh merosakkan
pemikiran kita yang boleh memberi kesan kepada iman dan cara hidup
kita sebagai muslim.

Thursday, December 2, 2010

Random

Mahar Zain live in Germany
(7.11.2010 : Essen Theater)


Related Posts with Thumbnails