Tuesday, June 29, 2010

Sleep

It's now exactly 1.15 a.m. midnight. As usual I'm not yet asleep. Still the
same habit : sleeping late and doing stuffs till I'm sleepy enough. At this
soundless time, I would always be thinking about a lot of things which are
mostly about myself. The pass, the moment that I'm actually at, and what
would it be in the future. Observing juniors from my late high school who
already made it to Universities and my siblings who are already repeating
the steps of my parents made me realize that I'm getting older.
It's the life circle.

Experiences make us mature. We tend to learn from mistakes and getting
better each time. The more mistakes we make, the more possibilities
there are towards the right things. Theories and learning mistakes from
others are likely to give us less effects than experiencing things themselves.
Do not feel bad by doing mistakes. Maybe we could if we make the same
mistakes twice, but we still have the chance to learn from the
second mistake. And it goes.

If we tend to think that we could not do something that we are aiming to,
or maybe think that we are weak, maybe we should give another thought
of it. How could we walk on our feet now if we were not falling again and
again as we were babies? No matter how many times we fell down, we
kept on trying until it worked. Remember how did we observe and did not
stop learning a new language without having any clues about it? After a
few months or years without a proper guidance we could finally use the
language properly. It means we actually have a strong power if we will.
The most important thing is to give our best and seek for Allah's help.
The rest goes to Allah and any result from it is for our best.

Everyone has their hard times and own experiences in life. The sadness
is naturally hard to resist and it's unlogical to act like nothing happened.
It may be unavoidable to be sad for bad things, but it is our choice afterwards
to be contented or keep on being the same way. How? Hard times or bad
things are subjective. Losing a wallet may be the worst thing ever. But
how bad is it compared to having a house robbed and losing every
single valuable thing we have? We may think that what happened to
us is bad. But there are many others who face the same thing or maybe
worse.

It was just some of the things I learnt in life. It may be different for others.
Or maybe it should be. Cause every person has their own experiences
and things they learn from it :) I shall go to sleep first. Good night. May
Allah bless us always.

22 days left

Sunday, June 27, 2010

Sabtu

"Eh ahmad.. Buat apa kat sini?"
tanya Kak Nora yang tiba-tiba muncul dari kiri saya semasa di
lapangan terbang Frankfurt pagi semalam.

"Hantar kawan2 balik Msia.. Kak nora nak balik Malaysia jugak ke ni?"
tanya saya kepadanya semula.

"Takdela.. Hantar anak sedara.."
balas Kak Nora semula.

..................................................................................................................................................

1) Pagi semalam saya bangun pada jam 6.30 pagi dan terus menelefon Zuhaili
untuk bertanya mengenai BBQ yang akan dibuat. Sekitar jam 10 pagi saya
bertolak ke lapangan terbang Frankfurt bersama saudari Fadhilah
untuk menghantar sekumpulan rakan-rakan yang mengambil kursus
bahasa German di sini. Hampir 10 bulan tempoh kursus mereka di sini
sebelum pulang dan sambung di Malaysia. Di sana kebetulan
terjumpa kak Nora yang menghantar anak saudaranya pulang ke
Malaysia selepas bercuti di sini.

2) Sekitar jam 2 petang saya sampai di Bingen. Rakan-rakan lain sampai
lebih awal kerana mereka tidak ke lapangan terbang Frankfurt. Ramai
juga yang hadir termasuk sebuah keluarga dari Koblenz dan juga
rakan-rakan yang datang dari US, Canada dan Jordan. BBQ dibuat di
atas sebuah bukit berhampiran rumah mereka. Kawasan Bingen
memang cantik dan menenangkan kerana tidak terlalu sibuk dan
kurang bangunan-bangunan yang tinggi yang boleh
menampakkan pemandangan.

3) Selepas BBQ, iaitu sekitar jam 6.30 petang, kami pergi ke gelanggang
futsal berdekatan dan bermain selama sejam setengah. Saya dengan
tidak malunya meminjam seluar Zuhaili kerana tidak bercadang
untuk bermain futsal. Keputusan seri 22-22. Tetapi Zuhaili cedera di
akhir perlawanan. Harap cepat baik la kaki tu ya Zu? Ko kan kuat.
Terima kasih banyak kepada orang-orang Bingen yang belanja. Kuku ibu
jari kiri dan kanan saya juga turut cedera sedikit kerana main tidak
berkasut.

4) Saya sampai di rumah pada jam 11.30 malam. Lega rasanya bila
dah mandi. Baju yang berbau asap kesan BBQ tadi terus dibasuh.
Oh ya, sudah setahun saya basuh baju menggunakan tangan untuk jimat
duit daripada menggunakan mesin basuh. Selepas dikira jika saya basuh
baju seminggu sekali sejak semester lepas, jumlah duit itu sudah boleh
digunakan untuk membeli sebuah handphone baru. Muahahaha. Maaf
kerana sedikit over. InsyaAllah saya akan cuba berjimat setakat
mana yang mampu.

5) Pada Jumaat yang lepas selesai 1 subjek. Alhamdulillah dapat jawab.
Semoga Allah berikan apa yang terbaik. Lepas selesai peperiksaan,
saya, Azri dan Fadhilah keluar ke bandar Rüsselsheim untuk beli sedikit
barang untuk BBQ. Subjek selepas ini ialah pada 6 Julai yang akan
datang. Doakan ya?

"..we will be back on 08.80.2010 for you.."
Saya keliru sebentar selama seminit.

Di Kebap Haus. Gambar terkini sejak sebulan lepas.

Tak ingat dah apa yang terjadi

Friday, June 25, 2010

Esok

"Kenapa banyak binatang-binatang kecik dalam bilik ko ni azri.."
rungut saudari Fadhilah semasa berada di bilik azri, sambil
menggaru-garu tangannya.

"Dah macam dekat kampung dah.."
celah saya.

"Aku tak penah duduk kampung, okay jgk kampung kat German.."
balas azri.

Bersama snowman dan snowwoman

...................................................................................................................................................

1) Saya tidak makan apa-apa hari ini selain 3 gelas air kosong, sehinggalah
saudari Azri panggil makan di biliknya. Alhamdulillah terisi juga perut
dengan popia dan kentang putar ala-ala KFC. Bukannya saya sengaja tidak
makan, tapi terlupa. Masa terasa berlalu dengan cepat sekali, dan perut
juga tidak terasa lapar.

2) Esok saya akan menduduki kertas Kimia pada jam 8:15 pagi.
Minta rakan-rakan doakan kejayaan saya ya.

3) Saya rasa perlu menyenaraikan perkara-perkara yang harus dibuat
sebelum pulang ke Malaysia dan juga semasa di Malaysia nanti. Tanpa
senarai perkara yang perlu dibuat, saya selalu bertangguh. Kalau
disenaraikan di sini, mungkin saya akan lebih beringat.

Thursday, June 24, 2010

2 Minggu

1) Minggu peperiksaan sudah hampir tiba dan akan bermula dalam masa
sekitar 2 minggu lagi iaitu 5 Julai. Tetapi ada 1 subjek yang terkeluar
daripada minggu tersebut iaitu subjek Kimia pada Jumaat ini. InsyaAllah
saya akan mengambil 8 subjek pada semester ini.

Dalam salah sebuah kedai buku di Hauptwache
(lakonan semata-mata)

2) Sekarang jam menunjukkan masa tepat 1:37 pagi dan saya sedang
makan aiskrim Cola Beach sambil menaip. Kalau di Malaysia namanya
Callipo. Saya sangat menyukai aiskrim ini sejak kali pertama membelinya
semasa berumur 9 tahun. Bulan lepas saya menyedari kelibat aiskrim ini
di sini tetapi dengan nama yang berlainan. Rasanya tak begitu sihat makan
aiskrim di malam hari. Sebenarnya saya bercadang untuk memakannya
esok, tetapi oleh kerana tidak tertahan lagi, maka saya terpaksa
memakannya sekarang.

3) Semalam selesai sudah projek Konstruktion 2, iaitu laporan dan
pembentangan untuk fasa 2. Mungkin bukan yang terbaik, tapi saya
berpuas hati kerana itulah hasil usaha saya dan rakan-rakan yang lain.
Apa saja keputusannya, itulah yang terbaik.

Alat pemerah jus

4) Laptop saya sudah agak pening-pening lalat dan selalu tertutup sendiri.
Mungkin kerana hard drivenya telah rosak. Untuk mereka, terutamanya
pelajar-pelajar, yang menggunakan laptop untuk pelbagai Games dan
Softwares, saya tidak mencadangkan mereka untuk menggunakan
Netbook. Kerana kemampuannya agak lemah (kecuali ada keluaran
Netbook yang sudah ditingkatkan kemampuannya). Saya menggunakan
netbook keluaran LG yang ciri-ciri dan kemampuannya agak rendah.
Saya menggunakan banyak softwares, jadi saya dapati ianya agak
bermasalah terutamanya dari segi masa yang terbazir akibat tempoh
memproses sesuatu kerja. Kelebihan utamanya hanya bersaiz kecil dan
mudah dibawa kemana-mana.

Musim panas sudah tiba. Jadi laptop-fan buatan ini agak membantu.
Boleh didapati dari kedai-kedai buku berdekatan.

5) Bulan Rejab kini tiba lagi. Rasa seperti baru saja saya melaluinya
pada tahun lepas. Masa berlalu lagi, dengan pantas. Tahun ini insyaAllah
umur saya akan mencecah 21 tahun. Janggut saya juga sudah mula
kelihatan walaupun perlu dilihat dengan jarak yang sangat dekat. Ianya
membuatkan saya rasa sudah tua dan sudah boleh mula sedar diri kata
orang. Maaf kerana sedikit lari daripada topik. Marilah kita memanfaatkan
bulan ini dengan sebaiknya, kerana tiada jaminan kita akan jumpa lagi bulan
yang bermakna ini pada tahun depan.

Rasullullah s.a.w. bersabda :

“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi
minum air dari syurga.."

Tuesday, June 22, 2010

Diari Minggu Ini

1) Bila banyak perkara yang tersimpan di dalam hati dan kepala, dan rasa
seperti tiada tempat yang lain lebih baik untuk meluahkan, pasti saya
akan teringat Allah swt dan kedua ialah blog ini. Kerana hanya Allah swt
yang mengetahui 100% apa yang tersirat di hati kita dan apa yang
berlaku. Jadi solat sunat 2 rakaat dan berdoa di kesudahannya terasa
seperti mengadu dan melegakan hati. Solat juga merupakan saat di
mana tiada hijab di antara Allah swt dan hambaNya. Kenapa saya
teringat blog ini? Kerana di sini saya dapat ceritakan apa saja,
tak perlu fikir tentang reaksi yang akan diterima.

2) Pada hujung minggu yang lepas rakan-rakan dari London seramai 17
orang datang singgah dan tidur di kediaman saya sebelum mereka
meneruskan perjalanan ke serata German untuk menziarahi rakan-rakan
di sini. Pada hari ahad, Azizi, Hakim, dan Bakri datang singgah tidur di
bilik saya sebelum pulang ke Cologne.

3) Rabu ini merupakan hari terakhir untuk projek Konstruktion 2.
Masih ada laporan dan pembentangan yang harus disiapkan. Manakala
pada hari Jumaat merupakan hari peperiksaan yang pertama
iaitu subjek Kimia.

4) Tinggal 28 hari untuk pulang ke Malaysia. Alhamdulillah tahun ini
sekali lagi saya dapat balik sekali dengan adik saya, Mutmaein, yang
sedang belajar di Mesir. Saya telah bersembang dengan beliau kelmarin
dan kami telah berazam untuk mengurangkan tempoh tidur untuk
cuti kali ini. Kerana bila dihitung kembali, boleh dikatakan 2/3 cuti
Summer saya di Malaysia pada tahun lepas dihabiskan dengan tidur.
Walaupun dalam tidur itu saya bermimpi melakukan pelbagai akitiviti,
namun ianya tetap tidur.

5) Antara perkara yang elok dilakukan sebelum tidur ialah muhasabah
diri dan memaafkan semua kenalan. Banyak kesilapan-kesilapan dan
kelemahan saya yang patut dibaiki dan saya juga harap agar orang-orang
yang saya pernah susahkan atau lukakan juga memaafkan saya.

Hana dan Abg Wah di Rabbit Valley

'Izz dan Kak Sod (ait Kak Sod tak nampak)

Related Posts with Thumbnails