Monday, February 28, 2011

Diari Minggu Ini

1) Esok pagi saya akan pergi ke UK selama seminggu. 3 hari di London dan 4
hari di Leeds. Saya pergi ke London untuk menemui kakak saya yang ke-4
iaitu Kak Jah, yang bekerja untuk sepasang suami isteri di sana. Tak silap
dia menjadi pengasuh kepada anak-anak pasangan tersebut untuk sekitar
6 bulan dan akan balik ke Malaysia pada Mei ini. Terima kasih juga kepada
pasangan tersebut yang sudi mengajak saya tinggal di rumah mereka.
InsyaAllah lepas balik minggu depan saya akan cerita serba sedikit
mengenai pengalaman di sana. Leeds pula tempat belajar isteri saya,
Athirah. Lebih tepat, University of Leeds. Rasa risau pulak dah lama
tak berjalan jauh. Sebenarnya sejak 3 tahun lebih di German, ni adalah
kali pertama saya naik kapal terbang. Sebelum ni untuk ke negara-negara
jiran, saya cuma naik kereta, keretapi, ataupun bas.

2) Tinggal 2 minggu sebelum semester baru bermula. Semester lepas
saya cuma berjaya habiskan 6 subjek, yang bermaksud semester ini
saya mesti ambil lebih subjek. Lepas bincang-bincang dengan kawan dan
fikir-fikir, mungkin saya akan ambil 12 subjek untuk semester yang
akan datang. Jadi nampaknya kena rajin daripada awal semester la ni.
Wah! Boleh boleh.

3) Kelahiran kita ke dunia ni disertai dengan tanggungjawab dan amanah.
Alangkah seronoknya kalau kita semua dah dijamin syurga kan? Saya
sebagai manusia normal memang rasa berat bila fikir tentang tanggungjawab
dan akan seronok semula bila lupa tentang tanggungjawab. Yelah, kita
bukannya hidup seorang diri, ada berjuta-juta orang di sekeliling kita
yang mungkin akan salahkan kita di akhirat nanti kalau kita tak kongsi
dengan mereka benda berharga yang kita ada : islam. Kita semua nak
syurga, jadi mesti ada usaha ke arah tu. Kita cuma ada 2 pilihan, kalau
tak masuk syurga, nerakalah tempat kita. Kalau tak mahu ke neraka,
mesti berusaha untuk dapatkan syurga.

4) Hari ni bertarikh 28 Februari. Iaitu fasa musim sejuk ke musim bunga.
Maka suhu semakin bertambah. Hari ni julat suhu adalah 1 - 7 darjah selsius.
Masa winter saya rindu musim panas, masa musim panas saya rindu musim
sejuk. Memang dari dulu sampai sekarang tak reti-reti nak bersyukur
dengan apa yang ada.

5) Malam ni dah mula kena daftar untuk subjek dan praktikal untuk
semester depan. Dah boleh mula siap-siap barang nak pergi esok dah kot.

Cara nak pi tempat Kak Jah esok

Related Posts with Thumbnails