Sunday, March 13, 2011

Kisah kasut

Sejak kecik, dah berapa pasang kasut yang telah anda pakai? Lepas imbas
kenangan dalam 15 minit masa tunggu nasik masak, saya rasa ada pakai
dalam 8 pasang kasut kot. Ni semuanya yang beli sendiri, yang masa
kecik-kecik yang mama baba belikan tak dikira ya.

1) Kasut paling bersejarah dalam hidup saya adalah kasut skate
DCshoecousa warna hitam. Pertama kali beli kasut guna duit sendiri
masa tingkatan 3. Rasa sangat matang masa beli tu. Sebab macam dah
berdikari dalam aspek kasut. Harga kasut ni cuma RM 70, tapi masa
tu memang rasa mahal sangat dah sebab tak pernah beli kasut sendiri.
Tambahan cuma guna duit raya je. Terpengaruh beli kasut skate
sebab masa tu baru mula skateboarding. Lebih kurang macam gambar
bawah ni kasutnya.


2) Kasut pertama tadi tahan lama jugak, sampai lepas SPM. Lepas tu
beli kasut skate Vans warna kelabu. Harga pun lebih kurang macam
kasut DC tadi (biasa la barang-barang seludup kan, harga memang macam
ni je. Huhu). Harga kasut skate sebenar rasanya sekitar RM 300 - RM 500.
Kasut ni pun tahan lama, dalam 2 tahun. Lebih kurang macam ni kasutnya.


3) Kasut ketiga ni mahal jugak sebab beli dekat German, nama dia Nike
Air Jordan Alpha 1. Fuh nama panjang banget ya. Warna putih dan biru.
Harganya tak silap 40 Euro, ada diskaun masa tu. Ni la kali pertama
merasa kasut yang bukan kasut skate. Mula-mula rasa kekok juga.
Lama-lama ibarat isi dan kuku pula. Kasut ni leceh sikit nak pakai sebab
high-cut, asyik-asyik kena ikat semula tali dia lepas bukak. Gambar
dia lebih kurang macam ni.


4) Oleh kerana kasut Nike tersebut asyik kena ikat tali lama-lama bila
nak pakai, maka saya pun beli kasut yang tiada jenama dari New Yorker.
Sangat mudah dan selesa. Tiada tali. Cuma masukkan kaki dan jalan.
Harganya 10 Euro dan berwarna hijau. Bentuk ala-ala kasut kilang.
Saya tak dapat gambar kasut ni. Tapi bentuknya sama macam kasut
Puma di bawah, cuma tiada getah hitam di bahagian depan.


5) Tak tau cemana, tanpa ada keperluan, saya beli sepasang kasut
Converse semasa balik ke Malaysia pada tahun 2009. Mungkin hanya
disebabkan sekadar teringin. Tak baik ni sila jangan contohi pembaziran
ini. Sekali lagi saya beli kasut high-cut walaupun sebelum tu dah tau susah
nak ikat tali kasut sampai atas. Nama kasut ini ialah Converse
All Star Chucks Hi Leather. Harganya kat Malaysia RM 189 dan
berwarna hitam. Gambarnya macam di bawah. Kasut ini dah dijual
dan selamat di kaki saudara Azri Hamidon.


6) Lepas tu saya beli sepasang kasut yang bernama Adidas
Superstar (la sangat) semasa melawat Nazmi di Hamburg. Harganya
35 Euro dan berwarna hitam dan hijau. Rasanya ni adalah kasut paling
best pernah saya pakai dalam hidup lepas kasut kulit yang Baba bagi
masa kat MRSM. Tapi kasut ni tertinggal di rumah lama yang terletak
di Kedah tahun lepas. Bentuknya lebih kurang macam ni.


7) Oleh kerana kasut tadi tertinggal di rumah Kedah, dan saya dah
berada di KL dan dah nak balik ke German, maka terpaksalah saya beli
kasut baru. Ditemani adik saya Mutmaein, saya telah beli kasut yang
bernama Edwin di Times Square. Harganya RM 60 dan berwarna
coklat. Rasanya ni pun barang seludup sebab kasut Edwin yang sebenar
berharga RM 200 ke atas. Tiada gambar untuk kasut ini kerana tak
dapat dijumpai di Google (nampak sangat tiruan).

8) Selepas beberapa bulan memakai kasut Edwin tadi, bahagian tumit
saya sudah mula melecet kerana kain di bahagian tersebut sudah
tertanggal dan ada bahagian keras yang terkeluar. Pengajaran di sini,
tak rugi beli kasut yang mahal sikit tapi berkualiti dan tahan lama malah
menjaga kaki anda. Jadi saya pun beli sepasang kasut skate yang
bernama Airwalk Global di Leeds ditemani Athirah. Kasut ni berharga
25 Pound selepas diskaun dan berwarna hitam.


Lepas senaraikan semula kasut-kasut ni, rasa macam banyak pula
membazir untuk kasut. InsyaAllah lepas ni cuba tak beli kasut dah kalau
tak perlu. Terima kasih dekat mama dengan baba yang belikan kasut
dekat Mad masa kecik-kecik dulu.

4 comments:

Syariful Bahri said...

Banyaknya kasut yg lawa2 dan mahal2..
hoho.. saya punya erm, baru 2.. sume less than RM50..

saya memang jarang pakai kasut, so x kesah sangat..

^_^

Ahmad bin Ariffin said...

sbb duk kat german je ada duit skt nak beli kasut..sy pun kalau duk Msia memanjang pakai selipar je..hehe..

mutmaein said...

Alhamdulillah, adidas superstar slmt di kaki maein.. Mula2 srba slh nk amek sbb ksut mhl tp ape gunanya ksut mhl klu x dipakai kn.. Heh3. Mmg kst plg best maein pnh pkai.. :) sori la eh bg. Trpksa amek ksut tuh..

Ahmad bin Ariffin said...

takpe pakai la..lagi bagus drpd takde org pakai kan..tapi sedap la kasut tu..pasni kena beli kasut2 jenis tu je..

Related Posts with Thumbnails