Monday, April 18, 2011

Moving on

3 pagi. Dunia sekeliling rasa sunyi dan sepi. Aku baru selesai buat kad
jemputan untuk konsulat dan kedutaan ke program palestin di Hannover.

Pernahkah anda terfikir tentang hakikat kehidupan kita di dunia ni? Dunia
kita di bumi ni sangat sementara dan cuma tempat yang disediakan oleh
Allah untuk uji dan menilai kita semua. Macam di sekolah dulu..
Cikgu buat ujian untuk menilai prestasi pelajar-pelajar..
Lepas ni kita akan dibahagikan Allah mengikut kejayaan kita
dalam ujian yang Allah sediakan ni..

Nak tak nak, kita semua akan tetap mati dan tinggalkan dunia ni.
Samada melalui kemalangan, penyakit, ataupun hari kiamat.
Nanti kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan untuk setiap detik
dan inci apa yang kita buat di dunia ni. Tolong? Takde.. Memang takde
siapa-siapa akan tolong.. Nanti masa berdepan dengan Allah, takde
siapa yang akan selamatkan kita melainkan amalan-amalan kita sendiri..

Allah sendiri dah cakap dalam al-Quran, lepas mati nanti kita akan minta
peluang daripada Allah untuk kembali ke dunia untuk kali kedua
dan menebus kembali kesilapan yang lepas.. Tapi memang tiada
peluang kedua.. Sekarang la peluang kita yang sangat berharga..
Setiap saat sebelum ajal..

Pertama sekali aku ingatkan diri sendiri bahawa apa saja yg berlaku kat
dunia ni adalah susunan Allah untuk kita.. Semua benda adalah ujian
dan kita semua hanyalah peserta.. Nanti samada syurga atau neraka je
yg menunggu kita.. Nak syurga? Usahalah untuk syurga..
Tak nak usaha? Nerakalah jawapannya, tiada pertengahan..
Sementara sempat, semoga Allah beri kita peluang untuk hargai sisa
hidup kita yang masih ada mencari keredhaan Allah dan pohon
keampunan untuk dosa2 yg lepas..

Dunia dah sangat tenat.. Malah janji-janji Allah dan hadis-hadis
Rasulullah mengenai umat akhir zaman dan kedatangan hari
kiamat pun dah sangat jelas dengan keadaan kita sekarang.. Mari
sama-sama kita bangun dari mimpi, pegang tangan-tangan
orang-orang yang tersayang dan sama-sama
bergerak ke syurga..

Syaitan tak berhenti menarik kita ke neraka sejak zaman nabi Adam
hingga kiamat.. Sebab tu kita pun tak boleh berhenti cuba tarik dan
selamatkan semua orang ke syurga.. Mudahkan urusan kami ya Allah..

Ni post terakhir aku untuk blog kuihkuih ni.. Aku mohon doa semua
orang doakan kejayaan aku dunia akhirat.. Aku harap aku mampu..

Wassalam..

Thursday, April 14, 2011

Voodoo

"How did you get those values? I didn't get it from the formula.."
tanya saya kepada rakan sekumpulan dalam makmal
dalam bahasa German.

"I don't know.. Use the formula and just add some voodoos..
We are genius people.."
jawabnya dengan konfiden.

LOL

..............................................................................................................................................

1) Tadi ada lab session untuk subjek MST (Mess- und Sensortechnik).
Lab untuk MST tak berat sangat sebab tak perlu hantar report, semuanya
buat dan habis dalam lab je. Alhamdulillah kawan-kawan satu kumpulan
semua cepat tangkap, kejap je diorang buat. Saya macam biasa ikut jela kan.
Cuma part last semua orang tak tau, jadi kami buat jawapan sendiri. Dah
la tunjuk dekat Prof betul pulak tu. Kawan saya kata dia guna voodoo
dia buat jawapan tu. Tapi last sekali Prof tu tunjuk jugak jawapan
yang sebenar.

2) Tadi ada test vocabulary jugak untuk English. Mula-mula saya pelik,
aik kenapa ada yang macam tak penah baca ni? Semalam rasa macam
dah baca semua. Rupa-rupanya ada list vocabulary yang saya lupa
nak download. Huhu. Tadi kami belajar tentang alat-alat
pertukangan dalam English.

3) Semalam buat lab session untuk Schweisstechnik. Lab untuk
Schweisstechnik pun tak perlu hantar report. Tapi kena baca dan buat
persediaan dulu sebelum datang ke lab. Huii baca satu malam pun
ada jugak yang tak boleh jawab dia tanya. Hand welding adalah proses
dalam industri yang agak tradisional. Kenapa? Sebab proses ni manual,
jadi kena buat pakai tangan manusia. Robot pun boleh buat welding, tapi
ada kes-kes tertentu yang tetap perlukan khidmat manusia.

Nilai voltan dan arus masa welding

4) Batuk saya masih belum reda. Tambah-tambah masa tengah
malam. Makin menjadi-jadi. Sampai pukul 3 4 pagi baru boleh
tidur. Hari ni pulak kepala berdenyut-denyut, badan pun seram sejuk.
Lepas tidur okay sikit. Saya teringat dulu masa kat Malaysia, mama
selalu batuk malam-malam. Patut la mama selalu tak tidur. Susah
sebenarnya nak tidur kalau batuk ni.

5) Iphone 3G saya masih tersimpan dalam laci. Dulu ada rasa nak jual,
kawan pun ada yang nak beli, tapi tak jadi beli. Mungkin tak jadi jual dah
kot, sayang jugak rasa. Sekarang dah guna balik untuk no lagi satu.
Tadi baru downgrade firmware iphone 3G ni dari IOS 4.0.1 ke IOS 3.1.3.
Kenapa? Haa kalau nak tau firmware untuk iphone sentiasa meningkat
dari masa ke semasa. IOS 4 ke atas sebenarnya untuk iphone 4 yang lebih
canggih, jadi kalau guna dekat iphone 3G akan buatkan dia jadi lambat.
Kalau guna IOS 3 untuk iphone 3G, maka sesuai la kan dengan
kemampuan dia. Kalau anda guna iphone/ipod mesti tahu tentang
firmware ni. Tapi senang je nak tahu kalau ada firmware baru, sebab
kalau ada je mesti dia akan bagitau masa cucuk kat komputer.

Kawan lama.. kini kembali berkhidmat..

6) Minggu lepas saya ada update firmware untuk iphone 4 kepada yang
paling terbaru iaitu IOS 4.3.1. Rasanya takde benda baru sangat pun
dalam firmware baru ni. Kontrak tinggal lagi setahun. Lagi
9 bulan kena ingat untuk berhentikan kontrak dah. Kalau tak nanti jadi
macam tahun lepas lagi, tiba-tiba je dia sambung lagi kontrak sendiri
sebab tak batalkan. Orang mana ada duit.

Theme ni nama dia Glasklart HD

Tuesday, April 12, 2011

Cover

It's so hard to say goodbye
(terima kasih kepada Aniboom.com untuk animasi yang comel)

Diari Minggu Ini

Selamat petang semua walaupun dah malam. Kalau selamat malam macam
dah nak tidur pulak kan. Kalau saya dah tidur cemana boleh tulis
blog pulak kan? Ok tak lawak.

1) Sejak minggu lepas saya telah dilanda sakit tekak. Mula-mula rasa macam
nak demam pastu dah baik. Lepas tu batuk pulak sampai sekarang. Nak
tidur susah sebab sentiasa rasa nak batuk. Tapi tak insaf-insaf jugak
masih nak minum air sejuk. Ada cuba minum air madu hasil petua
dari Doktor Athirah. Semoga Allah sembuhkan cepat-cepat. Baru
teringat nikmat sihat masa sakit ni.

2) 3 minggu lepas ada daurah kat Masjid Tariq bin Ziyad Frankurt.
Peserta dalam 50 orang. Alhamdulillah orang-orang masjid tu sangat
baik dan alu-alukan. Masa solat jumaat dia buat pengumuman pastu
lepas solat maghrib suruh saya buat ucapan kat depan. Dah la cakap
gagap, tapi nak buat cemana buat-buat konfiden jela kan. Rindu rasa
berada dalam kalangan orang-orang yang bertemu dengan
kita kerana Allah.

Maqan

Kat pintu depan masjid

Dekat dengan Frankfurt Main Station

3) Hujung minggu 2 minggu lepas ada barbecue dekat sini. Yang lawaknya,
yang anjurkan tu main-main je buat event dekat Facebook, tiba-tiba
betul jadi pulak. Dah la anjurkan guna profile orang lain. Memang
konfiden. Alhamdulillah dengan pertolongan Auntie Liza sekeluarga,
rasanya ni adalah Barbecue paling tersusun dan lengkap yang pernah
saya sertai. Buat dekat belakang hostel je, tempat biasa. Kalau berminat
boleh la tengok video dalam post yang lepas. Cakap pasal ni baru
teringat saya belum bayar duit untuk Barbecue ni. Hui. Makan free.

Daging satay untuk dicucuk

Ayam untuk peram

Resipi kuah kacang rasanya.
Tak pun resipi bahan-bahan nak peram.

Lelidi

Mencucuk

Kat belakang kampus

Cik Liya Raihany bermain bola

4) Keluarga Zul dah balik minggu lepas. Lepas 2 tahun setengah kat
German ni, Zul balik jugak dengan Master. Alhamdulillah. Jadi kami
ada buat sebuah jamuan ringkas untuk Zul, Kak Neni, Biha, dan Bela.
Esok tu diorang balik. Masa baru sampai Rüsselsheim dulu kembar adik
dan kakak Biha Bela ni kecik lagi, cakap pun belum lancar. Sekarang ni
dah besar. Harap nanti boleh jumpa lagi diorang kat Malaysia.

Adik dan kakak masa dapat hadiah jam tangan

Dengan adik

Berat hati dan perut untuk balik

5) 23 April yang akan datang akan ada Palestin Roadshow dekat
Hannover. InsyaAllah saya akan pergi sehari awal sebab AJK yang
terlibat berkumpul sehari awal. Ustaz Hasanudin tak dapat datang
dan akan diganti oleh Dr. Fauziah. Tour ni dibuat di seluruh
Eropah bermula di Rusia dan berakhir di Poland.

Poster

6) 29 April pulak ada daurah Eropah, juga di masjid Tariq bin
Ziyad Frankfurt. Saya dah hubungi brother Fathi yang jaga
pengurusan masjid. InsyaAllah takde masalah dan cuma akan
teruskan dengan bagi proposal dan tetapkan tarikh untuk jumpa
macam Daurah Tarqiyah Mac lepas. Tahukah anda, Malaysia terkenal
di kalangan orang-orang islam di dunia sebab pengurusan jemaah haji
yang terurus di Mekah? Kalau jumpa Muslim mana-mana pun kat
sini kebanyakannya mesti puji bab ni.

7) 4 hari lagi Athirah akan datang sini untuk 2 minggu iaitu semasa
cuti Easter. 15 hari tolak 5 hari program, tinggal 10 hari untuk kami
luang masa sama-sama. Seperti yang dibincangkan, kami akan cuba
belajar masak beberapa resipi sama-sama. Kalau 10 hari boleh la
cuba 10 resipi. Boleh la saya jadi gemuk dalam 10 kg ke. 4 hari
cepatlah berlalu ya.

:)

8) Esok ada praktical Schweisstechnik. Subjek ni cuma tentang patri
ataupun dalam English soldering sahaja. Mula-mula bayang macam
sikit, tapi tengok balik rupanya tentang patri ni pun dah boleh jadi
1 subjek. Teringat masa kerja kat kilang dulu, sehari kerja patri je.
Dah la suka hati je buat kerja. Rupanya banyak benda patut kena
tahu dulu sebelum buat. Lawak betul.

Terjumpa Jedi Star Wars kat kedai kelmarin

Monday, April 4, 2011

Random

(Barbecue : 3 April 2011)


Related Posts with Thumbnails