Monday, April 18, 2011

Moving on

3 pagi. Dunia sekeliling rasa sunyi dan sepi. Aku baru selesai buat kad
jemputan untuk konsulat dan kedutaan ke program palestin di Hannover.

Pernahkah anda terfikir tentang hakikat kehidupan kita di dunia ni? Dunia
kita di bumi ni sangat sementara dan cuma tempat yang disediakan oleh
Allah untuk uji dan menilai kita semua. Macam di sekolah dulu..
Cikgu buat ujian untuk menilai prestasi pelajar-pelajar..
Lepas ni kita akan dibahagikan Allah mengikut kejayaan kita
dalam ujian yang Allah sediakan ni..

Nak tak nak, kita semua akan tetap mati dan tinggalkan dunia ni.
Samada melalui kemalangan, penyakit, ataupun hari kiamat.
Nanti kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan untuk setiap detik
dan inci apa yang kita buat di dunia ni. Tolong? Takde.. Memang takde
siapa-siapa akan tolong.. Nanti masa berdepan dengan Allah, takde
siapa yang akan selamatkan kita melainkan amalan-amalan kita sendiri..

Allah sendiri dah cakap dalam al-Quran, lepas mati nanti kita akan minta
peluang daripada Allah untuk kembali ke dunia untuk kali kedua
dan menebus kembali kesilapan yang lepas.. Tapi memang tiada
peluang kedua.. Sekarang la peluang kita yang sangat berharga..
Setiap saat sebelum ajal..

Pertama sekali aku ingatkan diri sendiri bahawa apa saja yg berlaku kat
dunia ni adalah susunan Allah untuk kita.. Semua benda adalah ujian
dan kita semua hanyalah peserta.. Nanti samada syurga atau neraka je
yg menunggu kita.. Nak syurga? Usahalah untuk syurga..
Tak nak usaha? Nerakalah jawapannya, tiada pertengahan..
Sementara sempat, semoga Allah beri kita peluang untuk hargai sisa
hidup kita yang masih ada mencari keredhaan Allah dan pohon
keampunan untuk dosa2 yg lepas..

Dunia dah sangat tenat.. Malah janji-janji Allah dan hadis-hadis
Rasulullah mengenai umat akhir zaman dan kedatangan hari
kiamat pun dah sangat jelas dengan keadaan kita sekarang.. Mari
sama-sama kita bangun dari mimpi, pegang tangan-tangan
orang-orang yang tersayang dan sama-sama
bergerak ke syurga..

Syaitan tak berhenti menarik kita ke neraka sejak zaman nabi Adam
hingga kiamat.. Sebab tu kita pun tak boleh berhenti cuba tarik dan
selamatkan semua orang ke syurga.. Mudahkan urusan kami ya Allah..

Ni post terakhir aku untuk blog kuihkuih ni.. Aku mohon doa semua
orang doakan kejayaan aku dunia akhirat.. Aku harap aku mampu..

Wassalam..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails