Seminggu
Tak terasa seminggu berada di UK. Kalau di bilik punya la ternganga nak
tunggu habis seminggu kalau masa cuti.
1) Saya keluar dari bilik pada 1 Mac pada jam 7 pagi. Tak tidur malam
sebelum tu sebab takut terlepas bas. Kalau terlepas habis la seminggu
punya plan. Barang untuk seminggu muat dalam sebuah beg sekolah. Saya
memang suka bawa sikit barang kalau travel, sebab saya agak cuai dan tak
pandai jaga barang. Takut barang hilang. Tambahan lagi mudah
bila gerak sana sini.
2) Untuk barang-barang berbentuk cecair, saya letak dalam beg plastik
lutsinar yang dibeli dari Information Counter. Semasa konfiden cari tempat
duduk untuk tunggu flight Ryanair yang lagi 2 jam, tiba-tiba ada suara
berkumandang dalam Airport.
"Attention to Mr. Ariffin, please come to Information desk"
dalam bahasa German.
Mula-mula buat tak tahu je. Tapi bila diulang lagi sekali, saya cepat-cepat
pergi ke Information Counter tadi semula.
"Have U forgotten something?"
kata makcik tersebut sambil goyang-goyang passport saya.
"Yes I did. I think my passport.."
Sambil tebalkan muka dan mengambil passport tersebut. Rasa macam
cikgu BM pegang buku latihan sebab tak siap kerja rumah pulak.
3) Lepas masuk ke pintu perlepasan, saya pun cari kerusi dan tunggu
dengan konfiden. Lepas setengah jam, orang pun mula beratur untuk
masuk. Tiba-tiba saya ternampak tulisan dekat pintu tu.
-Budapest-
Saya pun jerit di dalam hati kuat-kuat.
"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!".
Maka dengan muka yang tebal lagi saya terus lari ke pintu perlepasan
yang sebenar iaitu ke London dan beratur di situ. Alhamdulillah
diorang belum masuk lagi.
4) Saya sampai di London Stansted Airport sekitar jam 1 tengahari.
Terus saya tukar duit dari Euro ke Pound di situ untuk guna duit nak
naik bas ke London. Lebih kurang lepas 2 jam, saya sampai di Liverpool
Street dan dari situ saya ambil train ke stesen berdekatan dengan
rumah tempat Kak Jah tinggal iaitu Elm Park. Rasa tak percaya bila dah
sampai rumah Kak Jah dengan selamat. Alhamdulillah Allah mudahkan.
Tapi berpuluh orang jugak la yang kena tanya dengan saya dekat
London tu sebelum sampai. Siap saya kena tanya balik pun ada.
Stesen Victoria, London
Di Victoria Street
5) Sebenarnya saya agak lemah dalam koordinasi, ingat jalan, tempat,
dan geografi. Silap naik bas, sesat dalam shopping complex, ataupun silap
jalan adalah benda biasa. Jalan kat Sungai Petani pun boleh sesat. Apatah lagi KL.
Kelemahan ni membuatkan rasa berserah saya kepada Allah lebih tinggi
dan agak tenang bila tersilap. Tapi saya suka jalan-jalan secara rawak
dan melangkah ikut kaki. Paling best sekali naik bas/kereta/train
sambil tengok luar.
6) Uncle tu kerja sebagai Chef di sebuah hotel dan Auntie tu kerja
dengan sebuah Agensi Penerbangan, ikut cerita Kak Jah. Diorang
ada 4 orang anak dan dah tinggal kat UK selama 12 tahun. Diorang
memang sangat baik dan peramah. Anak bongsu diorang, Mohd Shafi,
yang bermur 2 tahun juga cepat baik dengan saya walaupun
kadang-kadang garang.
Shafi
Nama Kak Jah dalam game Let's Dance Wii.
Di rumah tu Kak Jah dipanggil Kak Ti.
Rumah Shafi
Shafi
Halaman belakang rumah
Kak Jah, Shafi, dan Mad
7) Lepas 3 hari, saya bertolak ke tempat Athirah iaitu di Leeds.
Jarak di antara London dan Leeds adalah 4 jam setengah dengan bas.
Saya ada tukar duit dari Euro ke Pound di Stesen Victoria dan lepas
tengok-tengok kadar harga di kedai-kedai lain, memang ternyata tukar
duit di Airport mahal. Jadi janganlah tukar duit di Airport ya. Sekali lagi
saya dengan konfiden tunggu bas di tempat yang salah. Tinggal lagi
5 minit sebelum bas bertolak, saya rasa pelik kenapa bas masih belum
datang. Saya pun tanya abang kaunter berdekatan, dan terus lari ke
terminal sebenar tanpa perlu tebalkan muka sebab dah sedia tebal. Saya
adalah orang terakhir dan bas pun bergerak ke Leeds.
8) Di stesen Leeds, Athirah dah sedia menunggu. Lepas 2 bulan berjauhan,
kami bertemu lagi. Di Leeds, kami sempat jalan-jalan sekitar universiti
tempat Athirah belajar iaitu University of Leeds dan kawasan
sekitar Leeds. Memang cantik betul bangunan dan kawasan sekitar
unversiti tu. UK pun memang cantik. Saya sempat solat Jumaat di Leeds
dan jumpa beberapa orang Melayu. Disebabkan kasut saya rosak,
saya dan Athirah ada juga cari kasut baru untuk saya.
Di papan tanda University of Leeds
9) Pada jam 8 pagi 7 Mac, saya bertolak dari Leeds ke Stesen Victoria
semula dengan menaiki bas. Dari situ saya ambil bas ke Stansted Airport
dan berlepas pulang ke Frankfurt pada jam 7.15 malam dan sampai di
bilik pada jam 1.30 pagi 8 mac. Alhamdulillah dalam perjalanan pulang
muka saya tidak tebal lagi.
Iklan AirAsia di London Stansted Airport
Saya selalu sangka bahawa rakan-rakan yang belajar di UK beruntung
sebab belajar dan hidup guna bahasa inggeris. Tapi lepas sampai di
UK, baru saya sedar bahawa bahasa inggeris pun tak la mudah
macam yang disangka. Tambahan bila ada slang UK. Rupanya saya
lagi gagap cakap dalam bahasa inggeris daripada bahasa jerman.